Fitnah Hartanah Mara: Rafizi Disaman...Bagus Lah Kena Saman

KUALA LUMPUR 31 Julai - Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun mengambil tindakan saman terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli kerana memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam urus niaga pembelian hartanah Mara di Australia.

Khairul Azwan berkata, Rafizi yang juga Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers telah mengadakan sidang media di pejabatnya di Sungai Besi pada 6 Julai lalu untuk mengedarkan kenyataan fitnah dan palsu terhadapnya.

Menurutnya, beliau turut mengadakan satu sidang media pada 6 Julai lalu untuk menafikan kenyataan tersebut dan menuntut permohonan maaf dibuat terhadapnya.

Khairul Azwan, yang juga seorang ahli perniagaan dan pengarah syarikat, berkata Rafizi dengan niat jahat telah menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Beliau berkata, kenyataan itu antara lain telah mempersoalkan dakwaan penglibatan beliau dalam urus niaga dan pembelian hartanah di 746 Swanston Street oleh sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Mara Inc, Thrushcross Land Holdings Limited.

Beliau berkata, kenyataan itu telah diterbitkan di portal dalam talian yang boleh diakses semua pengguna di seluruh dunia.

Dalam pernyataan tuntutan yang dibuat kepada media pada Jumaat, beliau berkata, kenyataan Rafizi itu menggambarkan bahawa beliau terlibat dengan rasuah dan bertindak demi kepentingan kewangan sendiri.

Antara lain, beliau berkata, kenyataan itu bermaksud beliau telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah syarikat untuk kepentingan sendiri.

Khairul Azwan berkata, kenyataan tersebut turut menggambarkan bahawa beliau telah menyalahgunakan kedudukan parti dalam urusan perniagaan.

Dalam tuntutan mahkamah itu, beliau berkata, reputasi dan maruahnya terjejas oleh dengan kenyataan yang telah diterbitkan.

Tambahnya, masyarakat memandang rendah terhadapnya kerana didakwa terlibat dalam transaksi meragukan bagi mendapatkan keuntungan.

Menurut Khairul Azwan, beliau telah menghantar surat tuntutan bertarikh 8 Julai melalui peguamcaranya bagi menuntut Rafizi membuat permohonan maaf, memberikan satu aku janji untuk tidak menerbitkan kenyataan seumpama itu dan mengemukakan satu jumlah ganti rugi ke atas reputasinya yang terjejas.

Bagaimanapun, Rafizi gagal untuk memenuhi semua tuntutan berkenaan.

Khairul Azwan membuat permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghentikan Rafizi atau wakilnya daripada terus menerbitkan kenyataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Selain itu, beliau turut meminta ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana