Apa GHB Nak IKut Sangat Pada DAP Ni.....Isu GHB: PAS Perak gesa pimpinan dan wakil rakyatnya nyata pendirian segera

KUALA LUMPUR: Selaras dengan arahan dikeluarkan, PAS Perak menggesa pimpinan semua peringkat serta wakil rakyat di negeri itu menyatakan pendirian serta kesetiaan mereka terhadap parti ketika ini.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata tindakan itu perlu supaya pimpinan serta ahli mengetahui status pendirian mereka selain memastikan proses 'pemutihan' dapat dilakukan.

Tambah beliau, PAS Pusat telah mengeluarkan arahan melarang anggotanya menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) dan pihaknya memandang serius perkara itu terutamanya melibatkan penyertaan wakil rakyat negeri itu.

"Sudah pun ada arahan daripada pusat mengatakan bahawa PAS melarang ahli-ahli terlibat kemudian tiap-tiap negeri dan kawasan telah pun membuat pendirian mengenai GHB ini.

"Kemudian proses pemutihan itu bila ada arahan kita tak dapat mengenalpasti semua yang terlibat," katanya kepada Antarapos.

Justeru Razman berkata pihaknya sedang memantau dan mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam GHB yang didakwa bakal ditubuhkan pada hujung bulan ini.

"Jadi kalau ada laporan daripada rakan-rakan dan juga ahli di mana-mana peringkat kita akan bawa dan pertimbangkan perkara ini supaya.

"Kita hormati pendirian mereka tapi kita nak jaga gerakan kita," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada ahli PAS yang dijangka menyertai GHB yang kini dalam proses memulakan siri jelajah perasmiannya baru-baru ini.

Pada Khamis lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik sebagai‎ berkata, parti itu akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan ahli parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran GHB.

Beliau menegaskan perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti yang menggariskan bahawa ahli yang menyertai parti lain, keahlian mereka akan terlucut secara automatik.

Untuk rekod, GHB akan mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini.

PAS Perak pantau pergerakan ahli dalam GHB

Menurut Razman lagi pihaknya mempunyai 'mata dan telinga' di setiap cawangan yang akan memberi laporan kepada PAS negeri sebelum aduan rasmi dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pusat untuk  tindakan lanjut.

"Di Perak saya pun telah buat satu arahan tapi macam biasalah bila buat arahan tak semestinya mereka nak ikut, jadi yang tak ikut itu kita nak minta memperjelaskan sendirilah.

"Baru-baru ini ada pendirian dibuat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Beruas bila ada ahli jawatankuasa maklumkan, jadi tak mengapa dia buat pendirian yang jelas dan dia bergeraklah atas rasa kefahaman  yang ada pada dia," katanya.

Ujarnya PAS tidak akan tergugat dengan penubuhan GHB selain turut menggesa ahlinya untuk terus beristiqamah dengan perjuangan parti.

"Sekarang ini baru langkah yang pertama sebab sebelum ini mereka hanya bercakap  dan tidak ada bukti yang jelas.

"Tapi sekarang pelancaran telah dibuat di Perak dan beberapa orang pimpinan telah pun membuat penjelasan pendirian mereka," katanya.

Razman berkata kesemua ahli PAS telah diberi arahan untuk tidak terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dengan GHB.

"Jadi bila mereka membuat pendirian kita tak keluarkan surat pecat dan sebagainya.

"Sebab ia automatik secara jelas mengatakan apabila dia menyertai mana-mana parti politik lain maka dengan automatik hilang keahliannya dalam PAS," katanya.

Mengulas mengenai ahli PAS Perak yang menyertai GHB, beliau berkata, sebarang tindakan atau hukuman bergantung kepada bidang kuasa PAS Pusat.

"Bila dia isytihar menyertai parti politik lain automatik jatuh dia bukan lagi ahli PAS," katanya.

Sebarang premis parti dilarang digunakan GHB

Selain itu beliau turut tidak membenarkan mana-mana aset parti digunakan oleh GHB.

"Bila kita kenalpasti program itu untuk apa sama ada program parti atau program untuk merugikan parti jadi di situ kita akan mengambil tindakan kalau ada laporan.

"Bagaimanapun kita mengharapkan supaya ahli tak terlibat dan premis itu kita tak benar digunakanlah.

"Jadi menggunakan aset dan platform PAS adalah tanggungjawab kita untuk melarang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana