1MDB: Cubaan 'hijack' PAC gagal... Tan Seng Giew akur tangguh prosiding



Cubaan pemimpin DAP yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw 'hijack' prosiding siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal selepas beliau akur dengan keputusan Dewan Rakyat menangguhkannya.
Ahli Parlimen Kepong itu pagi Selasa  mengesahkan prosiding PAC ditangguhkan selama tiga bulan sehingga Oktober depan.

"Situasinya begini, kami sudah menerima surat penangguhan daripada Setiausaha Dewan Rakyat yang memaklumkan mengenai penangguhan prosiding 1MDB sehingga Parlimen bersidang semula pada Oktober.

"Jadi saya tak fikir mereka akan buka bilik mesyuarat dan benarkan kami teruskan prosiding.

"Bagaimanapun kumpulan Ahli Parlimen pembangkang akan hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang media khas pada pukul 11 pagi Selasa," katanya.

PAC kehilangan pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamad dan tiga ahli lain - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau selepas mereka dilantik menganggotai Kabinet.

Pelantikan itu sekali gus membatalkan status mereka sebagai anggota PAC.

Ini menyebabkan komposisi ahli parti dalam PAC tidak seimbang, selepas hanya tinggal seorang wakil BN iaitu Ahli parlimen Kulim bandar Baharu Datuk Aziz Shaik Fadzil.

pada Isnin 1MDB menerusi satu kenyataan memberitahu, ia menerima makluman rasmi daripada Setiausaha Dewan Rakyat/Setiausaha PAC bahawa sesi PAC yang dijadualkan pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos serta 8 dan 10 September 2015 sudah ditunda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana