YDP PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim Serah Tugas Kepada Timbalannya

PETALING JAYA: Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan bahawa beliau telah menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir.

Tindakan tersebut dilihat sebagai permulaan kepada langkahnya untuk meninggalkan PAS dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

"Saya kini bersama Harapan Baru. Jadi untuk berlaku adil kepada PAS dan GHB, saya buat keputusan memberi mandat kepada timbalan saya untuk menjalankan tugas-tugas parti.

"Jadi selepas ini saya tidak akan memanggil atau menghadiri mesyuarat PAS Kawasan Kota Bharu lagi. Semua tugas akan dipikul oleh Dr Rosli Allani," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Menjelaskan mengenai status terkininya dalam PAS, Wan Abdul Rahim menegaskan bahawa beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu.

"Saya tak lepaskan jawatan...saya hanya mandatkan tugas saya kepada timbalan. Saya juga masih ahli PAS.

"Kedudukan sebagai YDP masih sah sehingga 2017. Keputusan saya ini juga diterima dan dihormati oleh AJK PAS Kawasan Kota Bharu," katanya.

Diminta mengulas kemungkinan tindakannya itu merupakan isyarat kepada kebangkitan GHB di Kelantan, Wan Abdul Rahim bagaimanapun tidak mahu dilihat sebagai punca perpecahan dalam PAS.

"Ini keputusan peribadi saya. Malah ketika mesyuarat pada 15 Julai lalu juga saya tidak beri keizinan kepada AJK PAS Kawasan Kota Bharu untuk ikut saya menyertai GHB.

"Biarlah saya mencari pengaruh di kalangan akar umbi, bukan di kalangan orang yang berjawatan dalam PAS," katanya lagi.

Pada pemilihan pucuk pimpinan PAS yang lalu, PAS Kawasan Kota Bharu adalah di antara kawasan yang tidak mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana