WSJ Pun Tak Berani Sahkan, Balaci Pulak Yang Terlebih

BALASAN surat dari Wall Street Journal (WSJ) kepada peguam Datuk Seri Najib kelmarin berhubung penyiaran artikel yang mendakwa sejumlah besar wang dari 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau awal bulan lepas, membuktikan mereka (WSJ) pun tak berani mengesahkan betul atau tidak wang sebanyak USD 700 itu dari 1MDB dan dimasukkan dalam akaun Najib seperti yang diminta pasukan peguam Najib dalam ‘letter of clarification” sebelumnya.

Cuma kata WSJ dalam surat tersebut, setakat apa dokumen, apa ‘bukti’ yang mereka ada sudah memadai untuk menyokong maksud penulisan tersebut bahawa kebarangkalian transaksi itu wujud memang ada. Kalau dokumen itu palsu, salah dokumenlah bukan WSJ. Begitu juga kalau bukti dah diubahsuai, itupun salah buktilah, bukan salah WSJ.

Malah, kalau orang anggap dari penerbitan artikel tersebut memang sah Najib masuk duit songlap itu dalam akaun peribadinya pun bukan salah WSJ juga kerana mereka sendiri tidak sahkan di dalam artikel berkenaan, orang yang anggap itulah salah.

Begitulah maksud mudah dari balasan surat WSJ kepada peguam Perdana Menteri semalam.
Nampak tak dia berbelit macam mana? Semua nak lepaskan diri mereka saja. Tapi diperingkat ini, itu semua sudah tidak penting lagi, yang penting sekarang, jawapan WSJ itu sendiri menunjukkan Najib tidak bersalah dan tuduhan itu hanya bersifat spekulasi.

Boleh bubar pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri itu sendiri pun kalau mahu sebab nampak sangat sudah tidak ada kes.

Penulis bagaimanapun percaya tugas pasukan penyiasat khas akan berterusan sampai ke sudah sebab banyak perkembangan dalam siasatan tersebut menjurus kepada siapa yang terlibat memalsukan dokumen yang diserah kepada WSJ.

Tindakan WSJ membalas letter of clarification yang dihantar peguam Najib juga membuktikan bahawa proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas WSJ adalah berada di laluan yang betul – tak seperti yang dipromosikan balaci pembangkang dan Tun Mahathir sebelum ini bahawa proses itu adalah ‘luar biasa’.

Kalau letter of clarification itu tidak mengikut prosedur, penulis yakin WSJ tidak akan membuang masa membalasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana