Wan Azizah cuba alih perhatian, sembunyi kemelut pembangkang - Penganalisis

SHAH ALAM: Perjumpaan dianjurkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Wan Azizah di Padang Kawad Tabik Hormat Parlimen bagi membincangkan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai penyaluran berbilion ringgit ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertujuan untuk mengalih pandangan masyarakat dari kemelut pembangkang.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, tindakan itu penting bagi Wan Azizah dalam 'menafikan' kemelut yang mencengkam pembangkang ekoran penolakan DAP terhadap PAS.

"Pertemuan ini (dengan ahli parlimen pembangkang) bukan sahaja untuk menutup kemelut yang berlaku di semua negeri pentadbiran pembangkang (Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor) dan perpecahan yang amat teruk dalam PR, tetapi juga menyorok tuduhan terhadap pembabitan Anwar Ibrahim dalam menggunakan media asing bagi menggugat imej kerajaan", katanya kepada Antarapos.

Malah katanya, pembangkang akan menggunakan pelbagai cara bagi mendesak Najib untuk melepaskan jawatan.

"Pembangkang akan menggunakan segala kepentingan untuk membesar-besarkan isu ini dan mendesak kerajaan (pimpinan Datuk Seri Najib) letak jawatan ataupun barangkali menuduh kerajaan atas apa yang dikeluarkan oleh akhbar itu (Wall Street Journal) sebenarnya berlaku".

Dalam laporan berkenaan, Najib didakwa memindahkan sejumlah wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun peribadi pada 2013.

Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini memanggil ahli-ahli di kalangan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan keadaan politik terkini dan hala tuju negara.

Satu sidang media dijadualkan pada jam 2.30 petang ini di Parlimen.

Mengulas lanjut, Zainal turut berkata pembangkang tidak akan langsung menyentuh mengenai 'penglibatan' bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dengan media asing dalam usahanya untuk memburukkan Barisan Nasional (BN).

"Dia (pembangkang) tidak akan sentuh tentang hubungan media asing dengan Anwar Ibrahim. Ini satu kaedah untuk menyembunyikan pembabitan mereka (pembangkang) dengan segala masalah yang berlaku di luar dan dalam negara".

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu dalam laporan BNBBC membidas tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan menyifatkan tindakan berkenaan akan menggugat kestabilan politik negara.

Malah tindakan memanggil semua 222 ahli Parlimen juga ujar Zahid adalah sesuatu yang tidak perlu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana