Wan Azizah Akui Perpecahan Dalaman PKR Gagal Diselesai..

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui berlakunya perpecahan dalam partinya yang masih gagal diselesaikan sehingga ke hari ini.

Kata Wan Azizah, hanya suaminya sahaja, Anwar Ibrahim yang dapat menyelesaikan perpecahan parti dan pakatan pembangkang yang berlaku sekarang ini.

“Buat masa ini, tidak ada yang mampu untuk menyatukan kelompok-kelompok, dari pelbagai pemikiran dalam KEADILAN dan masih belum ada pemimpin negara yang mampu menyusun pakatan pembangkang, sepertimana yang diusahakan oleh Saudara Anwar.

“Maka dengan itu saya menyeru seluruh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat, untuk terus istiqamah memantapkan perjuangan dan memperkukuhkan kesatuan kita bagi mendepani massa,”katanya dalam Facebook semalam.

Kenyataan beliau itu turut dilampirkan dengan gambar-gambar Majlis Ramah Mesra Aidilfitri sempena Jelajah Amanat Presiden Peringkat Negeri Selangor di Tanjung Karang, 24 Julai.

Selagi lagi kenyataan yang berlatarbelakangkan program ‘ceramah bersama Presiden dan pimpinan pusat Keadilan’ di Taman Indah, Wan Azizah terus konsisten membuat gesaan yang sama.

“Dalam suasana politik yang serba mencabar ini..Kak Wan mengarahkan kepada seluruh pemimpin dan anggota KEADILAN supaya fokus kepada pemantapan parti..

“Kita harus menolak politik kepuakan kerana ia hanya akan merosakkan perjuangan untuk jangka panjang..utamakan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi..,”katanya dalam Facebook hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana