Wakil Rakyat PAS Tinggalkan Parti Tanpa Lepas Jawatan Turut Ceraikan Isteri

KOTA BHARU: Mana-mana wakil rakyat PAS yang meninggalkan parti tanpa melepaskan jawatannya yang dimenangi atas tiket PAS turut menceraikan isteri mereka, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hal ini berikutan bai'ah (sumpah taat setia) yang dilakukan oleh semua wakil rakyat PAS sejak 2004 di hadapan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan pesuruhjaya PAS Kelantan dan Mursyidul Am parti itu.

Beliau berkata, wakil rakyat yang mengangkat sumpah itu bermakna mereka yang meninggalkan PAS untuk parti lain secara automatik menceraikan isterinya dengan talak tiga.

"Apabila seorang yang beragama Islam mengangkat sumpah, ia adalah kekak," katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita pada majlis Hari Raya bersama graduan universiti di sini, Rabu.

Ahad lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Puasat, Khalid Abdul Samad berkata, para pemimpin PAS akan meninggalkan parti itu selepas Gabung Harapan Baru (GHB) akan ditubuhkan pada September ini.

Beberapa Ahli Parlimen Kelantan, Datuk Kamaruddind Jaafar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengatakan akan menyertai GHB.

Bagaimanapun, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am enggan mengulas mengenai kandungan sumpah bertulis itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana