Untung MARA Inc Sudah Melebihi RM80 Juta! Patutlah Rafizi Ramli Dan Tony Pua Dengki

Penubuhan MARA Inc. menunjukkan komitmen MARA untuk merealisasikan dan menggerakkan objektif Pelan Transformasi Strategik MARA 2011-2020 iaitu membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti dan menyumbang kepada pemilikan ekuiti. Pada 31 Mac 2015, jumlah modal yang telah disalurkan oleh MARA ke dalam MARA Inc sudah berjumlah RM441.0 juta dalam bentuk suntikan modal dan pinjaman mudah.

Dana tersebut telah digunakan untuk tujuan-tujuan pelaburan antara lainnya tiga hartanah di London, United Kingdom iaitu Beaumont House, Ashley Hotel dan Atelier Serviced Apartments serta empat hartanah di Melbourne, Australia iaitu 746, Swanston Street, Dudley International House, 333, Exhibition Street dan 51, Queen Street.

Secara ringkasnya, kedudukan semasa pelaburan (dalam Ringgit Malaysia) dapat dilihat dalam jadual di bawah yang menunjukkan kedudukan semasa pelaburan hartanah MARA Inc di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia.

MARA Inc juga menggunakan khidmat pengurusan dari pengendali-pengendali hartanah yang berwibawa di Melbourne seperti Unilodge, Denco, Savills, Jones Lang La Salle dan Colliers untuk mempastikan hartanah-hartanah tersebut diuruskan dengan baik dan mampu menjana pulangan seperti yang disasarkan.

Kekuatan pengendali-pengendali hartanah ini dari sudut pemasaran dan 'clientele base' mereka juga di ambil kira dalam membuat keputusan pelantikan. Hartanah-hartanah yang diuruskan oleh firma-firma pengurusan hartanah berwibawa berkenaan telah mampu menjana pulangan yang disasarkan yang secara keseluruhannya portfolio hartanah tersebut mencatatkan pulangan sebanyak 6.05% setakat 31 Disember 2014.

Hasilnya, setelah baru 6 tahun MARA Inc beroperasi, anak syarikat MARA ini telah berjaya membuat keuntungan terkumpul sebanyak RM80,475,022. Butiran terperinci adalah seperti di bawah. Patutlah Rafizi Ramli, Tony Pua dan ramai pemimpin pembangkang mahu sangat syarikat ini dihuru harakan agar syarikat berkenaan akan lingkup. Kenapa? Inilah motif politik pembangkang untuk menutup syarikat-syarikat dan institusi Melayu Bumiputera dari dulu seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), MARA dan sebagainya.

2008 - (RM1,167,189)
2009 - (RM7,021,354)
2010 - RM1,107,628
2011 - RM3,835,546
2012 - RM36,254,436
2013 - RM29,266,764
2014 - RM18,199,191

Jumlah keuntungan terkumpul - RM80,475,022!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana