Udah Udah Lah Tun....Ada Sekatan, Tapi Saya Akan Terus Menulis Tentang 1MDB - Tun M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan berhenti menulis mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laman blognya.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau sedar terdapat sekatan terhadap akhbar dan medium lain yang menulis artikel mengenai 1MDB sejak akhir-akhir ini.

"Ada sekatan terhadap media, secara efektifnya, memang ada sekatan, tetapi saya akan terus menulis mengenai 1MDB," katanya ketika ditemui di lobi sebuah hotel di sini, Jumaat.

Dr Mahathir ditanya sama ada beliau akan terus menulis mengenai isu-isu mengenai 1MDB di blognya selepas laman Sarawak Report disekat aksesnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Selain Sarawak Report yang banyak membuat pendedahan dengan dakwaan bahawa berlakunya penyelewengan dalam 1MDB, Dr Mahathir melalui blognya juga dilihat sering menulis dan mengkritik isu berkaitan 1MDB sejak akhir-akhir ini.

Pada Ahad, SKMM menerusi kenyataannya berkata, ia memutuskan untuk menyekat laman sesawang The Sarawak Report kerana didapati boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Tindakan itu susulan maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai mengenai laman itu yang memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan masih dalam siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana