Tunjuk KEBODOHAN LAGI.....NGO BERSIH 'ugut' mahu anjurkan BERSIH 4 jika tiada jawapan skandal 1MDB

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut jawapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), atau kegagalan berbuat demikian bakal menyaksikan perhimpunan Bersih 4 diadakan, demikian menurut Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Maria berkata, rakyat perlu mengetahui perkara sebenar apatah lagi selepas pendedahan yang dibuat media asing, The Wall Street Journal yang mendakwa sejumlah besar wang disalurkan ke akaun pemimpin berkenaan.

"Najib juga perlu mendedahkan kepada umum butiran akaun banknya dan menjelaskan jika akaun AmBank yang wujud di atas namanya. Jika ya, tunjukkan butiran transaksi tersebut pada hari yang berkenaan.

"Semua hasil siasatan Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat-syarikat yang berkaitan perlu diumumkan kepada umum dalam tempoh yang segera," kata Maria pada sidang media di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Justeru katanya, perdana menteri diberi masa selama sebulan untuk memberi jawapan terhadap tuntutan berkenaan.

"Kami memang memikirkan mengenai itu (Bersih 4) tetapi kami mahukan jawapan daripada 4 perkara ini terdahulu.

"Sebab mengapa kami menekankan 4 perkara ini adalah kerana ia membabitkan wang rakyat. Beliau membuat pelbagai kenyataan tetapi tiada tindakan daripadanya.

"Contohnya, jika selepas sebulan tiada apa-apa yang berlaku, semua institusi awam tidak mahu memberitahu kita apa yang terjadi, semua orang akan berasa marah. Dan bukan sahaja kami yang menyeru untuk Bersih 4 diadakan, tetapi rakyat yang akan menuntut supaya ia diadakan," katanya.

Laporan WSJ pada Jumaat lalu yang mengaitkan Najib dengan dakwaan penyelewengan wang berjumlah AS$700 juta atau RM2.6 bilion, mengundang reaksi pelbagai daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menggesa Perdana Menteri untuk membuat penafian dan menjelaskan perkara berkenaan kerana dakwaan itu disifatkan bersifat peribadi.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pula berharap agar tuduhan terhadap pemimpin itu tidak benar kerana merasakan ianya tidak logik untuk seseorang memasukkan sejumlah dana yang besar dalam akaun sendiri, dan bukan akaun sulit.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana