Tuduhan ke atas PM tidak munasabah Datuk Dr. Haron Din menyifatkan dakwaan pemindahan wang ke dalam akaun peribadi sebagai tidak logik.

PETALING JAYA: Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mempersoalkan tuduhan yang dibuat Wall Street Journal (WSJ) dalam artikelnya.

Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, perkara berkenaan dilakukan melalui akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.

“Oleh itu, saya merasakan laporan itu mesti disiasat kebenarannya sama ada benar atau tidak.

“Jika sebelum ini banyak laporan dikaitkan dengan Perdana Menteri dan syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), tetapi setelah dijelaskan satu persatu, banyak berita didapati tidak benar,” katanya yang ditemui dalam Majlis Iftar Amal Darul Fuqaha yang dipetik daripada Utusan Online

Reaksi itu diberikan Haron susulan dakwaan laporan WSJ dan portal Sarawak Report dalam artikelnya yang mendakwa kira-kira RM2.6 bi­lion dana awam telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Tegasnya, ia satu tuduhan berat kerana boleh menjejaskan ekonomi negara menerusi kehilangan kepercayaan di kalangan pelabur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana