Towkeh Judi Taja Sambutan Hari Jadi Mahathir Secara Besar-Besaran

 Sejak semalam, timeline Facebook penuh dengan gambar-gambar yang diambil sempena sambutan hari jadi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disambut secara besar-besaran.

Walaupun ada yang memuji, namun tidak kurang juga ada yang mengutuk majlis sambutan itu kerana disifatkan ia agak keterlaluan tambahan pula majlis tersebut dikatakan telah dibiayai sepenuhnya oleh towkeh judi, Tan Sri Vincent Tan.

Ini disebabkan kerana, majlis itu disifatkan tidak selari dengan kenyataan Mahathir sebelum ini yang sebelum ini sering mengecam isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kerana dikatakan suka bermewah-mewah di saat rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Malah Mahathir juga sebelum ini sering mengambarkan dirinya sebagai seorang insan yang zuhud yang kononnya lebih gemar hidup secara sederhana.

Malah para penyokong beliau juga sering menyebarkan gambar-gambar Mahathir berkain pelikat, berjalan di pasar-pasar malam dan sebagainya semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.

Malah ketika bulan Ramadhan yang lalu, laman-laman Facebook yang menyokong beliau sering menyebarkan gambar-gambar Mahathir sedang membeli juadah di bazar Ramadhan seperti rakyat marhaen.

Namun majlis sambutan malam tadi, jelas membuktikan Mahathir bukanlah seorang yang zuhud seperti yang cuba digambarkan.

Ini kerana manusia yang suka hidup secara sederhana tidak akan membazir dengan majlis sambutan hari jadi seara besar-besaran.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana