Tony Pua Dan Rafizi dakwa dia juga disekat ke luar negara

Bukan hanya Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga mendakwa beliau disekat ke luar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Menurut Rafizi, beliau telah menyemak status di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati disenarai hitam saya adalah sama seperti Tony Pua.

"Saya juga mengesyaki bahawa saya dan Tony Pua akan dipanggil oleh pihak polis dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Tony Pua yang dalam perjalanan ke Yogyakarta, Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada tengah hari Rabu disekat daripada meninggalkan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana