Tiada yang mencurigakan ditemui dalam laporan awal audit 1MDB…Puak PR Tidak AKan Berpuashatinya

Seluruh perhatian bertumpu ke bangunan Parlimen Khamis bila Jabatan Audit Negara menyerahkan laporan awal auditnya keatas 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang negara (PAC) .

Bagi kalangan wartawan yang ramai membuat liputan sudah tentu soalan paling utama yang ingin adakah terdapat sesuatu yang mencurigakan ditemui dalam siasatan setakat ini.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed yang ditujukan soalan itu kata setakat ini belum ada sesuatu yang mencurigakan ditemui dalam laporan awal aduit itu.

Apapun beliau segera mengingatkan ini adalah laporan awal dan mereka hanya dapat membuat kesimpulan yang pasti apabila dapat laporan lengkap mengenainya dari Jabatan Audit Negara pada akhir tahun ini.

Sebelum itu Laporan awal berkenaan diserahkan kepada beliau oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang.

Laporan awal itu disiapkan oleh Jabatan Audit Negara dalam masa tiga bulan bermula 10 Mac hingga 15 Jun lalu.

Pengauditan itu dilakukan selepas menerima arahan Kabinet pada 4 Mac serta atas permintaan PAC pada 27 Februari lalu.

Nur Jazlan juga menjelaskan PAC berpuas hati dengan hasil kerja Jabatan Audit Negara yang dibuat dengan menyeluruh serta telus.
“Cuma ada dua perkara ditimbulkan iaitu mengenai dokumentasi. Jabatan Audit Negara masih lagi tidak mendapat kerjasama yang baik daripada 1MDB dalam memberikan dokumen untuk diaudit oleh mereka.

“Kita minta pengurusan 1MDB agar memberi kerjasama dengan memberikan segala dokumentasi dan maklumat yang diperlukan supaya Jabatan Audit dapat memuktamatkan laporan mereka pada akhir tahun ini.

"Antara dokumen yang diperlukan termasuk penyata bank serta dokumen perjanjian,” kata Nur Jazlan.

Beliau mengingatkan sekiranya 1MDB gagal menyerahkan dokumen yang diperlukan oleh Jabatan Audit Negara, PAC akan meminta Kementerian Kewangan untuk mendesak 1MDB menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan itu.

Beliau yakin Kementerian Kewangan akan beri kerjasama penuh memandangkan 1MDB ialah syarikat milik penuh kerajaan di bawahnya.

Nur Jazlan kata skop yang digunakan adalah pengauditan terhadap 1MDB dan anak-anak syarikat berdasarkan kepada penyata kewangan daripada tahun 2010 hingga 2014.

“Skop pengauditan turut menganalisis penyata kewangan dan pelaburan-pelaburan 1MDB seperti Petrosaudi, manakala pengauditan sektor lain seperti hartanah dan tenaga masih dijalankan dan akan dilaporkan dalam laporan akhir yang dijangka siap akhir tahun ini,”katanya.

Laporan awal itu,katanya turut menyentuh kronologi penubuhan 1MDB yang bermula daripada Terengganu Investment Authority (TIA) yang merupakan anak syarikat Menteri Besar Terengganu Diperbadankan dan pengambilalihan TIA oleh Kerajaan Persekutuan pada 31 Julai 2009 selepas mendapat persetujuan Kabinet dan ditukar nama kepada 1MDB.

“Turut disentuh adalah struktur organisasi 1MDB yang dibahagi kepada tiga iaitu Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan juga Pengurusan Kanan.

“PAC dimaklumkan skop dan methologi laporan awal mengandungi perkara lain seperti analisis penyata kewangan 1MDB bermula daripada 27 Februari hingga 30 Mac 2014 berdasarkan kepada jumlah jaminan dan pinjaman kerajaan terhadap 1MDB, aset Kumpulan 1MDB, pembiayaan dan penggunaan dana dan kajian terhadap penyata kewangan 1MDB bermula 2010 hingga 2014,” jelas Nur Jazlan.

Dalam menyiapkan laporan awal itu Jabatan Audit Negara memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber termasuk bekas syarikat audit MDB, Dloyd dan Kementerian Kewangan.

Temu bual dan perbincangan juga dilakukan dengan ketua pegawai eksekutif dan ahli lembaga pengarah dahulu hingga sekarang.

“Secara keseluruhan PAC amat berpuas hati dengan laporan awal yang menyeluruh. Dibuat dengan telus dan memberikan maklumat baik kepada PAC.

“Maklumat ini berguna untuk PAC tanya kepada pengurusan 1MDB yang akan dipanggil pada Ogos ini. Antara yang dipanggil termasuk CEO, bekas CEO, Lembaga Pengarah dan bekas Lembaga Pengarah,” tegas Nur Jazlan.

Sementara itu Amrin pula memberitahu wartawan Jabatan Audit Negara yakin ia dapat menyelesaikan siasatan terhadap akaun-akaun 1MDB menjelang akhir tahun ini.

Katanya setakat ini jabatannya telah menyelesaikan separuh daripada kerja yang diarahkan oleh kerajaan awal tahun ini.

"Terdapat banyak dokumen (untuk kami teliti), sesetengahnya telah diterima dan sesetengahnya belum lagi. Kami masih menunggu dokumen tertentu daripada 1MDB," katanya.

Beliau berkata 1MDB patut diberikan sedikit masa untuk menyerahkan dokumen berkenaan.

"Kami belum lagi selesai melakukan kerja kami dan kami sentiasa berhubung dengan mereka," katanya.

Ambrin berkata jabatan beliau pada masa sama meneliti perkara-perkara seperti urus niaga PetroSaudi, pembangunan Tun Razak Exchange dan transaksi tanah di Pulau Pinang.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun-akaun 1MDB.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada PAC yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

"Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Najib dalam kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana