The Edge Digantung Sebab Berkonspirasi Sabotaj Negara

1. Kritikan bahawa penggantungan The Edge Financial Daily sebagai satu langkah menghalang kebebasan bersuara dan mendedahkan penyelewengan adalah tidak tepat dan “mislead” masyarakat.

2. Hakikatnya The Edge telah menyiarkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap 1 Malaysia Development Berhad selama lebih lapan bulan tanpa gangguan mahu pun tindakan undang-undang oleh Kerajaan. Adakah Perdana Menteri dan Kerajaan ini tidak demokratik?

3. Kerajaan hanya menggantung The Edge apabila telah muncul bukti dan kenyataan bahawa pemilik The Edge berkonspirasi dengan Justo, Sarawak Report dan beberapa pihak yang belum didedahkan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib melalui serangan ke atas 1MDB.

4. Konspirasi menyerang 1MDB dan Perdana Menteri bukan lagi sekadar mendedahkan penyelewengan tetapi telah untuk menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara. Ketika ini dunia sedang berhadapan dengan krisis matawang yang turut membabitkan ringgit.

5. The Edge sebagai sebuah akhbar kewangan sepatutnya turut memberi tumpuan dan “highlight” kepada pencapaian ekonomi negara yang dianggap memberangsangkan oleh agensi penyelidikan dan penarafan antarabangsa. Namun mereka memilih untuk merosakkan imej negara di peringkat antarabangsa dengan gosip-gosip penyelewengan oleh Perdana Menteri.

6. Malah ketika kerajaan telah menubuhkan pasukan penyiasat di peringkat Audit Negara, Parlimen dan pasukan petugas khas, The Edge berterusan mengulangi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat tanpa mahu menunggu keputusan siasatan yang sedang dijalankan.

7. The Edge juga bertindak jahat kerana hanya menyerahkan dokumen-dokumen yang diperolehi mereka kepada Polis beberapa hari lalu walaupun tuduhan dan dakwaan telah dibuat mereka sejak tahun lalu.

8. Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mendakwa beliau bertanggungjawab mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa.

9. Jika benar demikian, mereka telah membuat laporan polis dan menyerah dokumen sejak hari pertama mereka mendapat atau menyiarkan maklumat terbabit. Sebaliknya mereka menyiarkan sedikit demi sedikit tuduhan dan menyebabkan Malaysia berada dalam krisis politik dan ekonomi yang berpanjangan.

9. Tujuan The Edge jelas sekali bertujuan mewujudkan ketidaksatbilan ekonomi dan politik bagi menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan “jahat dan nakal”. Dan sekarang telah jelas ada konspirasi malah usaha menyunting dokumen yang diperolehi secara haram bagi mewujudkan prasangka ke atas kerajaan. – MYKMU.NET

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana