Terkini Dan Panasss!!!!!! PAS pecat Khalid Samad, Dr Dzulkefly, Dr Mariah, Mat Taib

Paling malang dalam episod ini adalah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, tak sampai dua tahun sertai PAS kini sudah dipecat gara-gara aktif dengan kumpulan pemisah Gerakan Harapan Baharu (GARU).
PAS Selangor pada Isnin mengumumkan penamatan keanggotaan beberapa anggota parti itu kerana didapati terlibat dengan GARU.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar) berkata penamatan keanggotaan mereka adalah mengikut Fasal 13(1)(c) Perlembagaan PAS.

"PAS Selangor mengambil maklum tentang penubuhan parti politik baharu ini yang mana sebahagian besar daripada jawatankuasa mereka adalah bekas anggota kita di Selangor.

"Kita hormati keputusan mereka dan ini sekali gus menamatkan keanggotaan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin berkata kesemua jawatan yang dipegang bekas anggota berkenaan akan dipangku serta-merta oleh kepimpinan yang lain mengikut kaedah perlembagaan parti.

Antara yang dikatakan hadir pada majlis pelancaran pergerakan itu hari ini adalah Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana