TERKINI! BAYAR RM500,000 - LIM GUAN ENG DAP KALAH SAMAN 'NENEK RASIS' !

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid telah menang kes saman terhadap Lim Guan Eng DAP berhubung gelaran 'nenek rasis dan jahat' yang dilemparkan terhadap beliau.

Jahara Hamid memfailkan saman itu menerusi peguamnya, di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Mac 2014, selepas Guan Eng DAP dengan sombongnya tidak mahu menarik balik perkataan rasis terhadapnya.

Selain saman berkenaan, media melaporkan bahawa Jahara juga turut memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Untuk rekod, 10 Disember 2013, Guan Eng dalam sidang akhbar di luar sidang DUN, menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' kerana dituduh cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana