Tekanan Atau Takut Menghadapi Dugaan....Diam-Diam Azmin Jumpa Najib Minta Nasihat

BANYAK benda buruk disebutkan orang pasal Datuk Seri Najib ini sejak mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri. Jahatlah, lemahlah, lesapkan duitlah dan sebagainya.  Buktinya takde cakap saja.

Tapi di sebalik semua itu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali secara diam-diam berjumpa dengan Najib untuk meminta nasihat tentang cara nak menyelesaikan masalah air di negeri tersebut.

Kita tidak pasti sama ada pertemuan ini mendapat restu dari PAS dan DAP atau tidak.  Tapi yang pasti, handal lah Najib tu bila Azmin datang minta nasihat.  Jadi yang macai macai kata Najib lemah dan sebagainya tu pakai asas apa?

Ni, Azmin minta nasihat Perdana Menteri ni macam mana cerita?

Apa pun, penulis jadi pelik cara PKR mengendalikan masalah air ni.  Dulu Khalid dari PKR, sekarang Azmin pun PKR, kenapa masalah yang hampir diselesaikan Khalid (sebelum diturunkan), kena bermula semula setelah Azmin naik?

Dimana kesinambungannya?  Bukan parti lain-lain tapi parti yang sama!!

Menunjukkan, pembangkang ini bukan boleh memerintah negara, gaya tu macam ada, tapi isi di dalam zero, harap Anwar sorang sajalah, itupun banyak berpandukan pengalaman semasa jadi Timbalan Perdana Menteri BN.

Baru cerita air dah meminta bantuan, kalau memerintah negara macam manalah gamaknya, dengan ekonomi, kewangan, pertahanan dan bermacam-macam lagi yang perlu difikirkan.

Agaknya apa yang nak diputar belitkan selepas ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana