Tangkap Saja Jangan Biarkan Orang Seperti ini....Beberapa rakyat Malaysia akan dipanggil susulan pendedahan polis Thailand

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beberapa rakyat Malaysia akan dipanggil memberi keterangan berhubung pendedahan terbaru Polis Thailand dalam siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo.

Menyifatkan pendedahan Polis Thailand itu sebagai serius dan mengejutkan, beliau berkata pendedahan itu telah dijadikan sebagai laporan polis dan siasatan telah dijalankan.

"Kami akan panggil (untuk beri keterangan) setiap orang yang telah dikenal pasti oleh polis Thailand dalam masa terdekat.

"Saya harap mereka akan beri kerjasama penuh kalau tidak kita terpaksa mengambil tindakan menangkap dan mereman mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Bukit Aman di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, Polis Thailand mengesahkan warga Switzerland itu telah mengadakan pertemuan dengan individu penting dalam pakatan pembangkang Malaysia di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol.Lt.Gen Prawut Thavornsiri dipetik berkata polis Thailand mengetahui identiti individu yang ditemui oleh Justo berdasarkan pengakuannya serta bukti yang dikumpul dan butiran daripada sumber seperti telefon bimbit dan komputer peribadi milik lelaki itu.

Khalid berkata PDRM akan terus mengadakan kerjasama dengan Polis Thailand dalam menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika diminta mengulas perkembangan berkenaan berkata beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan kepada penjualan dokumen itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana