Syabas...PAS Tidak Akan Bekerjasama Dengan Gerakan Harapan Baharu

TUMPAT: PAS membayangkan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) yang ditubuhkan oleh beberapa orang anggotanya, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata ini kerana Gerakan Harapan Baharu adalah sebuah parti baharu yang dasar perjuangannya masih belum jelas.

"Kami tak boleh bersama sebab dia (Harapan Baharu) parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Wakaf Baharu di sini, Sabtu.

Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Harapan Baharu itu dipengerusikan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin PAS yang menyertai Harapan Baharu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'. "Setakat ini kami bagi peluang.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum ambil apa-apa tindakan terhadap bekas pemimpin PAS yang terlibat. Kami tengok dahulu keadaan.

"Mungkin itu satu cara yang diambil Presiden, tidak gopoh dalam mengenakan tindakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan bekas pemimpin atau mana-mana anggota PAS yang ingin menyertai Harapan Baharu agar 'berundur secara terhormat' daripada PAS.

"Kalau mereka nak isytihar Harapan Baharu, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri.

"Dalam sebuah negara yang demokrasi, kami mengalu-alukan (penubuhan Harapan Baharu), tapi jangan berada dalam PAS dalam keadaan yang tak menentu. Harapan Baharu pun tak, PAS pun tak... itu masalah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana