Soo Wincci nak puasa penuh tahun ini..Berbangga Semoga Mendapat HIDAYAH

Sudah empat berturut-turut penyanyi Soo Wincci berlatih puasa pada bulan tahun ini.
Bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia ini berkata amalan berpuasa di bulan Ramadan memberikannya tenaga tambahan.

Kata Wincci, 29, dengan berpuasa tidak menjadikan amalan yang dilakukannya ini sebagai alasan tidak bergiat aktif menjalani aktiviti hariannya.

"Setiap kali Ramadan saya sentiasa ada tenaga luar biasa.

"Memang rasa seperti hendak pengsan tetapi saya tidak mahu mengalah.

"Saya berazam untuk berpuasa penuh seperti tahun sebelum ini," katanya.

Dia  yang  gembira kerana peminat sentiasa memberikan kata-kata semangat menerusi laman sosial Instagram.

"Tiga tahun sebelum ini ramai yang mempertikaikan tindakan saya tetapi masuk tahun ini saya terima pelbagai kata-kata galakan daripada mereka.

"Malah rakan-rakan bukan Muslim juga turut menyokong dan ada yang mencuba berpuasa selepas melihat saya berjaya melakukannya," katanya.

Mengamalkan memakan buah kurma ketika bersahur, Wincci berkata, dia akan memastikan dapat bangun sahur dan berhenti makan sebelum masuk waktu Subuh.

"Paling penting buah kurma kerana khasiat di dalamnya yang membekalkan tenaga untuk sepanjang hari," katanya lagi.

Wincci, kini sibuk di penggambaran drama bersiri berjudul The Injustice Stranger sehingga hujung Julai ini, di Semenyih, Selangor.

Dalam perkembangan lain, Wincci akan kembali ke Taiwan pada bulan hadapan sebelum pulang ke Malaysia pada Oktober untuk konsert solonya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana