Siapa Tak Kenal Mereka ini..... ‘dua Lim’ like father like son

SEDAR atau tidak, DAP akhirnya berjaya berdiri sendiri selepas memperkudakan dan menipu PAS bagi meraih sokongan orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan 13 yang lalu.

Menggunakan keputusan Muktamar Agung PAS Ke-61 awal bulan ini sebagai alasan, DAP akhirnya menunjukkan wajah sebenar dalam mencapai cita-cita untuk menjadi pemerintah tunggal yang menguasai sepenuhnya kerajaan Pulau Pinang.

Sebelum ini parti rasis itu marah apabila media menggunakan ‘Kerajaan DAP Pulau Pinang’. Mereka mahu ia disebut sebagai ‘Kerajaan Pakatan Pulau Pinang’. Namun, kini perkataan yang disebut oleh media termasuk ismaweb.net menjadi kenyataan.

Penyingkiran pegawai kerajaan negeri yang terdiri daripada pemimpin PAS Pulau Pinang menunjukkan sikap hipokrit DAP yang lebih mementingkan parti itu daripada rakan yang membantu calon mereka mencapai kemenangan di seluruh negara.

Inilah taktik rasis dan ganas yang digunakan untuk menyingkirkan kuasa Melayu di Pulau Pinang. Selepas dipergunakan, PAS kemudian disepak terajang, namun masih ada bekas pemimpin dan ahlinya yang masih ‘sayang’ kepada puak-puak cauvinis itu, kerana mereka lebih mementingkan diri sendiri dan dunia.

‘Hidangan’ yang disediakan oleh DAP kepada mereka membuatkan kumpulan penentang dalam PAS ini lupa mengenai Islam, bangsa dan tanah air.

Sebenarnya, DAP, khususnya Lim Guan Eng sendiri yang merupakan setiausaha agung parti rasis itu awal-awal lagi berusaha memutuskan hubungan dengan PAS, apabila Jawatankuasa Pusat parti itu membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, yang peliknya DAP tidak mahu memutuskan hubungan dengan PAS. Jadi, dengan pemimpin mana dalam PAS yang hendak dijadikan penghubung antara parti itu? Pastinya dengan pemimpin PAS yang ‘mesra’ dengan mereka yang boleh mereka jadikan kuda tunggangan.

Semua orang tahu siapa pemimpin PAS yang dimaksudkan itu. Malah, usaha DAP untuk meletakkan ‘kuda’ itu sebagai pemimpin atasan PAS tidak kesampaian apabila kumpulan pro ulama mematahkan cita-cita jahat mereka.

Berikutan kisma-slv-front-54egagalan itu, ditambah pula usul memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas pada muktamar berkenaan, DAP melepaskan geram dengan ‘menghalau’ pemimpin PAS peringkat negeri daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kini, jelaslah kepada rakyat bahawa cita-cita jahat DAP sebenarnya hanya mempergunakan PAS bagi meraih undi Melayu. Selepas mendapat kuasa, mereka mencari apa saja jalan untuk menyingkirkan orang Melayu Islam. Selama ini sedar atau tidak, PAS telah masuk perangkap DAP.

Kemudian, pimpinan DAP membuat keputusan unilateral tanpa perbincangan dengan anggota gabungan PKR dan PAS, mengumumkan bahawa PR sudah tidak wujud lagi. Sekali lagi mereka ingin mengatakan bahawa “kami lah yang berkuasa dalam PR”.

Inilah penipuan yang Mat Sabu sebagai ahli PAS patut beritahu kepada penyokongnya, setelah dia sendiri meletak jawatan dalam anak syarikat kerajaan pimpinan DAP. Bukan beralih kepada isu RUU hudud yang gagal dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat.

Yang patut diberi perhatian ialah ‘DAP sudah tipu PAS’.

‘Like father like son’, dua beranak ‘Lim’ iaitu Kit Siang dan Guan Eng bijak mengatur langkah untuk membuatkan PKR terutama di Selangor pula tersepit dalam permainan mereka setelah berjaya menipu PAS.

Guan Eng selamat di Pulau Pinang kerana memonopoli kerusi Dewan Undangan Negeri walaupun tanpa PAS, namun apa pula yang akan berlaku jika parti dalam pakatan itu membawa haluan masing-masing di Selangor?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana