Siapa DAP Dan Tunjuk Kebodohannya...Undur atau kami anjur demo, DAP ancam Najib

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan suara akar umbi dan berdolak-dalih daripada meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan.

Ahli Parlimen (DAP-Seremban), Anthony Loke berkata, jika Najib enggan memenuhi tuntutan itu, beliau tidak menolak satu demonstrasi besar-besaran akan dilakukan semua pihak termasuk oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

"Suara-suara itu amat kuat sekarang dan dengan mesyuarat pada hari ini (semalam), Perdana Menteri tidak boleh lagi menafikan perkara ini, sama ada beliau meletakkan jawatan ataupun sekurang kurangnya mengambil cuti untuk siasatan diadakan.

"Kalau dia terus berdolak-dalih, saya tidak menolak kemungkinan bahawa satu gerakan demonstrasi akan diadakan secara besar-besaran untuk menuntut supaya beliau meletakkan jawatan," katanya kepada Sinar Online di Dataran Parlimen, di sini, semalam.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berhasrat menganjurkan 'perhimpunan Bersih 4' sekiranya siasatan terhadap syarikat yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih tiada jawapan.

Beliau turut menggesa Najib bercuti daripada semua jawatannya, agar siasatan berhubung skandal terkini susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya dapat dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana