Setuju Sangat Lah Tu....Jangan terhad kepada Sarawak Report sahaja...

Susuknya antara pemimpin yang lantang membela kerajaan Barisan Nasional... Datuk Seri Ismail Sabri yaakob meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak hanya menyekat portal Sarawak Report sahaja.
Menyokong tindakan tersebut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu mahu tindakan serupa dikenakan ke atas mana-mana laman sesawang, portal berita, laman blog atau mana-mana sumber media sosial lain termasuk individu yang mengancam kestabilan negara.

Menurutnya, tindakan SKMM itu mampu menghalang penyebaran dakyah jahat yang mungkin menjejas kestabilan negara.

"Bukan hanya menyekat, tetapi juga mengambil tindakan undang-undang dan mengenakan hukuman berat di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta SKMM," tambahnya.

Pada Ahad, SKMM dalam satu kenyataan berkata ia memutuskan untuk menyekat laman sesawang The Sarawak Report kerana didapati boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Katanya, tindakan itu dibuat susulan maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai bahawa laman itu telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan masih dalam siasatan.

Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, meskipun Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan bersuara, namun ia tidak menghalalkan fitnah, hasutan, membohongi fakta dan menderhaka kepada negara.

"Kebebasan masih tertakluk kepada undang-undang. Saya menggesa tindakan menguatkuasakan undang-undang terhadap pengamal media sosial yang melanggarnya disegerakan tanpa mengira kedudukan mereka," katanya.

Sebelum ini, satu laporan polis dibuat yang mendakwa portal The Sarawak Report memalsukan fakta berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Susulan itu, polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat laporan berkenaan.

Pada 22 Jun lepas, polis Thailand dilaporkan menahan bekas pengarah PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo, kerana cuba memeras ugut syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi itu, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1MDB.

Justo dilapor menjual maklumat sulit milik syarikat itu kepada beberapa individu, yang membawa kepada penyiaran beberapa e-mel dan dokumen oleh portal berita Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana