Semoga Presiden UMNO Terus Berbakti Kepada Agama...Bangsa Dan Negara

Jika pembangkang yakin Najib dapat ditumbangkan pada PRU 14 akan datang, tak de lah mereka beria-ria sangat menfitnah Perdana Menteri sehingga terpaksa menjadi abdi kuasa luar menfitnah beliau.

Nampak sangat usaha Perdana Menteri membela Rakyat cukup menjadi igauan ngeri pembangkang. Jika yang memaksa Perdana Menteri itu turun adalah dari kalangan rakyat miskin, susah, pekebun, penoreh, peneroka dan orang-orang kampung, mungkin lainlah sikit bunyinya.

Tapi yang gila sangat nak Perdana Menteri turun adalah dari kalangan golongan kaya raya, kaki projek dalam pelbgai class, yang kena pencen politik, yang tak dapat apa yang diminta dan golongan yang biasa mewah dengan projek-projek kerajaan dulu.

Bahkan ada yang kata, "buat apa kerajaan bazir bagi BR1M kat rakyat, tidak mendatang apa-apa manfaat pun pada BN, lebih baik bagi duit itu untuk kami-kami yang sudah tentu akan undi BN. Bukan semua rakyat undi BN kata mereka.

Nampak benar mereka hanya memikirkan diri mereka sendiri. Selama ini mereka meyokong UMNO dan BN kerana dapat projek, tak dapat maka mereka boikot BN. Orang macam ni dinamakan pejuang rakyat ?

Kerajaan perlu terus membantu rakyat, samaada rakyat itu mengundi BN atau tidak. Itu adalah tanggungjawab kerajaan.

Sudah sampai masanya UMNO / BN melihat siapa mereka yang mengaku pejuang rakyat ini ? Bukan mereka tidak boleh kaya, tapi jika kaya sahaja tapi tidak membantu rakyat....adalah lebih baik mereka muhasabah diri mereka sendiri. Malulah pada tuhan sikit kalau tak malu dekat manusia pun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana