SEMAKIN RAMAI AHLI PAS SERTAI DAP....KENAPA SAMPAI KETAHAP TU?

 Peguam PAS, Zulhazmi Sharif telah telah membuat pengumuman keluar parti dan akan menyertai DAP esok.

Penyertaan Zulhazmi ke dalam DAP disokong oleh Young Syefura Othman (Rara), Naib Ketua DAPSY Subang yang juga Penyelaras Impian Kelantan.

Menurut Zulhazmi, borang penyertaaan keahlian DAP itu akan diserahkan kepada seorang Ahli Parlimen DAP esok.
“Ini yang Rara isi tadi… Sebagai pencadang… Belum jadi ahli pun..

“Insya Allah kalu tak ada apa-apa, esok akan serah borang dalam majlis berbuka puasa bersama seorang Ahli Parlimen DAP..,”kata Zulhazmi dalam Facebooknya hari ini.

Pada pemilihan Dewan Pemuda PAS sesi 2013/15, Zulhazmi merupakan salah seorang calon Ketua Pemuda mencabar Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman Mohamad.

Pemilihan Ketua Pemuda PAS untuk sesi itu dimenangi oleh Suhaizan dengan 320 undi berbanding dengan Kamarulzaman 307 undi dan Zulhazmi 7 undi.

Zulhazmi kemudiannya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat dan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.

Namun, pada 13 Ogos 2014, Zulhazmi telah meletak jawatan daripada jawatannya ekoran mengkritik secara terbuka kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zulhazmi kemudiannya bergiat aktif Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dan dilantik sebagai peguam untuk NGO tersebut.

Pada 15 Jun lalu, Zulhazmi telah menghantar surat kepada pejabat agung PAS untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana