Seleweng wang derma dosa besar

KUALA LUMPUR 19 Julai – Perbuatan mengutip derma atas alasan untuk membuat kebajikan demi agama sebaliknya diselewengkan merupakan kesalahan amat berat di sisi Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu dianggap seperti satu peng­khianatan dan kesalahannya sama seperti mencuri selain mendatangkan aniaya kepada orang ramai (penderma).

“Individu mahupun kumpulan yang terlibat dengan perbuatan terkutuk ini hukumnya berdosa besar di sisi Islam.

“Malah dari segi hukum juga, mereka yang mengutip sumbangan dengan niat menipu perlu memulangkan balik sumbangan yang diberi itu kembali kepada penderma,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Harussani, perbuatan tersebut perlu ditegah kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan imej agama Islam malah bakal mendatangkan persepsi buruk kepada umat Islam dan institusi agama di negara ini.

“Orang ramai akan berpandangan negatif terhadap institusi agama, sekolah agama, badan tahfiz dan rumah kebajikan anak yatim,” katanya.
Justeru, beliau menegaskan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan drastik dalam usaha memastikan individu serta kumpulan yang terlibat dengan kegiatan itu tidak sewenang-wenang­nya beroperasi di negara ini.

Dalam pada itu, Harussani memberitahu, pada hakikatnya, kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan bagi membantu sekolah agama, maahad, pusat tahfiz dan rumah anak yatim di negara ini.
“Tetapi mungkin ada juga ke­perluan lain dan mungkin peruntukan itu tidak mecukupi, maka tidak salah untuk meminta sumbangan.

“Namun sumbangan atau derma itu perlu menggunakan saluran yang betul selain mendapatkan kebenaran dari majlis agama dan pihak berkuasa,” katanya.
Tambahnya, beliau juga pernah didekati oleh kanak-kanak bawah umur yang meminta derma kononnya untuk tujuan kebajikan agama.

“Kanak-kanak itu mendakwa dia dihantar oleh seorang `ustaz’ untuk mengutip derma dan apabila mendapati ia seperti penipuan maka nasihat saya adalah orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika ingin menderma,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana