"Saya tak faham kenapa orang luar hairan saya tidak kutuk Najib?

Saya berpegang kepada prinsip Islam, selagi belum ada bukti Najib bersalah, dia tidak boleh dituduh bersalah.

"Saya dah bercakap tentang ini banyak kali tapi ramai yang masih menganggap keengganan saya mengutuk Najib seolah-olah saya menyokong beliau. Itu salah tafsir,".

Itu kata Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemubual sebuah media asing berhubung sokongannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak pelbagai isu dan skandal disiarkan oleh media.

Kata Hadi, Pas tidak akan membeli dan termakan dengan 'penghakiman oleh mana-mana media' atau tuduhan lisan oleh lawan dan musuh Najib semata-mata.

"Hari ini kita ada persaingan antara media baru untuk menjual produk mereka.

"Kita tidak boleh bergantung kepada kebolehpercayaan berita yang sedang ganas dan garang sifatnya," katanya.

Menjawab soalan sama ada Pas akan bergabung dengan Barisan Nasional atas nama Kerajaan Perpaduan apabila Pakatan Rakyat sudah berkubur, Hadi berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku.

"PAS telah bekerja dengan semua jenis sekutu pada masa lalu, termasuk UMNO pada tahun 1970 hingga 1974. Tidak ada bezanya dulu dengan sekarang sebab ideologi masing-masing berbeza.

"Cuma jika Najib terpaksa diganti, ia mesti dilakukan melalui cara demokratik kerana saya hanya mempertahankan konsep demokrasi.

"Saya hanya mahu perubahan yang dibuat melalui cara demokratik yang betul," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana