'Saya sedih baca berita 20,257 kemalangan'

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.
   
Beliau juga mengesa mereka mengutamakan keselamatan diri dan pengguna lain semasa berada di atas jalan raya.
   
"Saya sedih membaca berita bahawa 20,257 kes kemalangan telah direkodkan, meragut 155 nyawa sejak Op Selamat dilancarkan.
   
"Mereka yang tersayang menunggu di destinasi dan mengharapkan anda semua tiba dengan selamat," katanya dalam catatan Facebook hari ini.
   
Semalam, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata sejumlah 20,257 kemalangan dan 155 kematian direkod di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari Op Selamat dilancarkan pada Jumaat lepas.
   
Beliau berkata penunggang dan pembonceng motosikal merupakan bilangan terbesar yang maut dengan 94 kes manakala kereta sebanyak 35 kes. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana