Saya masih Yang Dipertua PAS Pokok Sena, kata Mahfuz Omar...Takut Hilang Jawatan Lah tu

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar enggan mengesahkan samada beliau akan menyertai parti politik baru yang dikatakan bakal ditubuhkan oleh kumpulan G-18  selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

G-18 adalah kumpulan bekas pemimpin kanan PAS yang kecundang dalam pemilihan parti 4 Jun lalu.

"Saya masih YDP (Yang Dipertua) Pokok Sena dan MP Pokok Sena. Berhenti di situ," tegasnya dipetik portal MalaysiaKini.

Beliau dalam pada itu menasihati barisan kepimpinan PAS yang baru agar tidak memandang rendah atau bersikap pesimis dengan kewujudan parti baru - jika parti berkenaan benar-benar ditubuhkan kelak.

Pemimpin PAS juga tidak sepatutnya terus mengaitkan kemunculan parti politik baru ini dengan sejarah parti serpihan Hamim dan Berjasa, ekoran landskap politik rakyat negara ini sudah berubah.

"Kepada parti politik yang (sedia) ada, khususnya daripada PAS,  tak boleh memandang kecil terhadap kewujudan parti baru, yang lahir daripada inisiatif ahli PAS sendiri.

"Sebab saya tak nampak bahawa kalau kewujudan parti baru ni, (ia) macam parti-parti politik yang sebelum ni. Ramai orang pesimis terhadap kewujudan parti politik baru sebab sejarah lama. Hamim dan Berjasa. Sejarah lama tu sejarah lama.

"Bagi saya, (ini) perubahan zaman, (situasi) dia berlainan. Bacaan politik tak boleh diwarnai dengan sejarah lama, tetapi harus diwarnai dengan perubahan zaman. Gaya berfikir masyrakat yang lahir pada masa hari ini," katanya.

Pemimpin PAS sebelum ini berkata kemunculan parti baru tidak akan memberi kesan serta tidak akan menggugat mereka kerana sejarah membuktikan entiti yang terbina hasil serpihan PAS tidak akan kekal lama.

Mahfuz kemudiannya menyeru PAS bersama DAP dan PKR serta parti baru (jika wujud) kembali ke meja rundingan demi untuk mengukuhkan pakatan pembangkang seterusnya berdepan dengan Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 nanti.

"Tapi apa yang harus dilihat oleh semua orang ialah kepentingan masa depan Malaysia. Masyarakat menaruhkan harapan yang begitu besar kepada Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran negara.

"Ini kerana hilang kepercayaan kepada Kepimpinan Umno dan BN yang ada pada hari ini," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana