Saya bukan hendak sangat jawatan MB, cuma mahu bertanggungjawab - Khalid

PUTRAJAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan beliau mahu mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Mohamed Azmin Ali apabila kerap mendesak pemimpin berkenaan berundur daripada jawatan tersebut.

Sebaliknya kata Mantan Menteri Besar itu, tujuannya tidak lebih daripada sekadar menawarkan kesediaan untuk bertanggungjawab kerana tidak mahu rakyat di Selangor dan Lembah Kelang terus terbeban ekoran penstrukturan semula air yang masih tertangguh. 

"Oh tidak.. saya hanya menawarkan dan tak bermakna orang akan terima. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kesediaan saya untuk bertanggungjawab.. Saya tidak terfikir untuk menjadi Menteri Besar, tapi ketika orang tak dapat menjalankan tugas dengan baik, saya bersedia memikul tanggungjawab tersebut, itu saja.

"Saya bukan hendak sangat (jawatan), saya hendak tunjukkan setiap pemimpin mesti bertanggungjawab untuk menentukan jika dia berjanji untuk beri perkhidmatan yang terbaik terhadap rakyat, dia mesti menunaikan tanggungjawab tersebut," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Darul Fuqaha di sebuah hotel di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebelum ini yang mendesak Azmin berundur sebagai Menteri Besar ekoran gagal menyelesaikan masalah air.

Khalid dalam kenyataannya itu beberapa hari lalu berkata Azmin bukan sahaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air, malah gagal tampil dengan satu pelan konkrit untuk menyelesaikan semua isu berkaitan perkhidmatan air.

Mengulas lanjut, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata, beliau mahu melihat kerajaan negeri pimpinan Azmin mengotakan janji untuk menyelesaikan isu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan seperti yang telah dinyatakan di akhbar.

"Isu air menjadi prinsip perjuangan kita yang pertama. Tak ada negeri di Malaysia yang sanggup memperjuangkan isu air dalam asas menetukan rakyat dapat air, iaitu yang paling besar yang mungkin rakyat tak lupa Selangor satu-satunya negeri di malaysia yang sanggup beri air percuma 20 meter padu," ujarnya.

Beliau juga meluahkan kekhuatiran kelewatan tindakan daripada kerajaan negeri akan mempengaruhi sikap pekerja yang terlibat dalam penstrukturan air berkenaan.

"Setiap pengambilalihan mesti dibuat dengan cepat dan tertib. Kalau dilewatkan, boleh jadi pekerja itu juga melewatkan kerja mereka sebab tak ada perasaan tanggungjawab sebab mereka tak tahu sama ada mereka di bawah satu kepimpinan yang lebih mantap dan lebih baik," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana