"Saya Berpegang Teguh Dengan Pendirian Saya" - Bekas Editor Akhbar Sarawak

KUCHING: Bekas editor akhbar Sarawak, Lester Melanyi yang membuat pendedahan mengenai pemalsuan dokumen 1MDB oleh Sarawak Report untuk menjatuhkan Perdana Menteri tetap berpegang dengan pendiriannya.

"Suara hati saya memberitahu saya untuk bertindak dan bersuara," katanya kepada The Star sambil mengulangi tuduhan bahawa Sarawak Report telah bekerjasama dengan beberapa pemimpin pembangkang dalam misi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lester mendakwa, dia telah memberitahu beberapa ahli politik mengenai perkara itu tetapi tidak ada yang percaya kepadanya kecuali Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao.

Ramesh membuat laporan polis pada Rabu dan menyerahkan video pengakuan oleh Lester yang mendakwa berlakunya konspirasi untuk melibatkan Najib dalam jenayah melalui isu 1MDB.

"Saya tidak tahan dengan pembohongan. Tidak adil bagi seorang lelaki 'jatuh' kerana pembohongan. Jika kerana dia tidak popular, atau kerana sesuatu yang lain, tidak mengapa. Tetapi anda tidak boleh menjatuhkan seseorang dengan pembohongan," kata Lester.

Katanya, pengakuan video itu dibuat semasa lawatan ke Kuala Lumpur pada bulan Jun dan mendakwa dia tidak dibayar untuk melakukannya.

"Ramesh melakukannya (video itu). Saya tidak menafikan bahawa perjalanan saya ke KL (dan) hotel semua dibayar dan saya diberikan RM1,000 - RM2,000 untuk perbelanjaan. Itu sahaja. Terma bayaran di sini adalah berbeza," katanya.

Lester juga mahu menjelaskan bahawa dia bukan bekas editor Sarawak Report seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sidang akhbarnya pada Rabu.

Katanya, tugasnya dahulu adalah menyesuaikan artikel yang ditulis oleh Sarawak Report dengan masyarakat tempatan supaya ia lebih mudah difahami rakyat Malaysia.


Lester berkata, dia juga mahu menjelaskan bahawa dia tidak memainkan sebarang peranan dalam plot untuk menggulingkan Najib atau memalsukan apa-apa dokumen 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana