Rusuhan Low Yat: Papagomo direman empat hari...Elvin Tan Kenapa Tak Tangkap?

Penulis blog, Papagomo bersama 24 individu yang lain dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, Papa Gomo ditahan di kediamannya semalam berikutan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung insiden di Plaza Low Yat.

"Kita telah menahan Papagomo di rumahnya. Di biliknya," kata Khalid.

Papagomo didakwa memuat naik gambar seorang mangsa kemalangan berbangsa Melayu yang cedera, di media sosialnya, dengan mendakwanya sebagai mangsa pergaduhan Plaza Low Yat.

Polis sebelum ini meminta penulis blog itu untuk menyerah diri namun tidak dipedulikan.

Selasa, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom atau Ali Tinju, 43 antara yang ditahan polis.

Empat lagi individu yang ditangkap adalah jurujual telefon bimbit di Plaza Low Yat. Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 29 tahun itu ditahan polis pada pukul 4 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, Mohd. Ali ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 11.30 pagi mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Zainuddin berkata, empat jurujual telefon bimbit tersebut ditahan di tingkat UG Plaza Low Yat dan kini disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Mereka ialah Chong Wei Quan, 21, Tan Meng Yee, 19, Low Leong Seng, 29, dan Yong Kean Onn, 24,” katanya.

Dalam kejadian Isnin, satu rusuhan yang mengakibatkan orang awam dan petugas media tercedera selepas pihak tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan isu perkauman.

Kejadian bermula apabila pengguna laman sosial mendakwa berlaku penipuan pembelian telefon bimbit yang didakwa tiruan sementara siasatan polis pula mendapati kes itu melibatkan kecurian gajet tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana