Reaksi pemimpin UMNO dan PAS terhadap penubuhan parti baru...Parti Baharu Bererti Parti BORIA DAP

Bagus... jalan terus, itu dalam bahasa mudahnya reaksi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan PAS mahu melancarkan parti Gerakan Harapan Baharu (GARU) selepas kalah pemilihan PAS Jun lalu.
Mungkin sifir politik Ismail mudah... lebih banyak parti pembangkang, baik untuk BN.

Menurut Ismail, Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan tiada halangan untuk sesiapa menubuhkan parti baharu.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata jadi terserah kepada sesiapa yang merasakan perlu ada parti baharu.

"Kita tidak boleh campur ataupun menghalang sesiapa yang berminat untuk menubuhkan parti baharu dan sebagainya. Bagaimanapun, penubuhan parti baharu itu terserah kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk meluluskan atau tidak," katanya.

Sementara itu, PAS akan melucutkan keahlian mana-mana pemimpin dan ahlinya yang menyertai parti GARU yang bakal ditubuhkan nanti.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu tidak dibenarkan dalam Perlembagaan PAS.

Menurut beliau, setiap ahli PAS tidak dibenarkan mempromosi parti baharu atau menggerakkan usaha menarik ahli-ahli yang lain keluar daripada parti.

“Kita minta ahli-ahli parti supaya tidak terlibat. Jika terlibat, kita akan bawa ke Jawatankuasa Disiplin PAS.

“Sebagai ahli PAS, mereka masih terikat dengan peraturan dan disiplin parti,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh.

Tuan Ibrahim menambah, parti politik baharu yang bakal ditubuhkan itu dikhuatiri akan menjejaskan parti.

“Parti yang bakal ditubuhkan Gerakan Harapan Baru itu tidak memberi sebarang nilai tambah kepada usaha memperkukuhkan pakatan pembangkang,” ujarnya.

Pengerusi jawatankuasa penaja pergerakan itu ialah Mohamad Sabu dan antara anggota jawatankuasa interim ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar.

Bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana