Putus Tapi Bersama?.. Kerajaan P.Pinang Jadikan Pakatan Bertambah Lawak

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Perselisihan, keretakan dan seterusnya perpecahan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang sebenarnya menunjukkan wajah sebenar serta semakin jelas kelihatan di mata rakyat bahawa mereka hanya mempergunakan sama sendiri untuk mencapai cita-cita dan agenda masing-masing sahaja, ujar Ahli Dewan Negara, Senator Norliza Abdul Rahim.

Justeru dapat dilihat bagaimana mereka sebenarnya bukan ikhlas dalam membuat satu gabungan dan tidak seperti yang dilaungkan selama ini kononnya berjuang untuk kepentingan rakyat, katanya lagi.

“Inilah antara sebabnya kenapa mereka tidak mahu berdaftar dalam satu gabungan, dibiarkan longgar supaya apabila ada apa-apa masalah, semua akan lepas tangan dan tuding-menuding sama sendiri, dalam erti kata lain.

“Sebagai contoh seperti yang berlaku di negeri Pulau Pinang, ketua menterinya berkata sudah tiada lagi kerajaan pakatan rakyat di negeri itu, yang ada hanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang gara-gara terputusnya hubungan antara Dap dan Pas. Namun semua wakil PKR termasuk Pas terus dikekalkan dalam kerajaan negeri”, ujarnya kepada UMNO-Online.

Krisis antara Dap dan Pas bermula apabila Dap memutuskan hubungan dengan Haji Hadi Awang, Presiden Pas mengenai pelaksanaan hukum hudud. Kemelut mereka berlarutan sehingga perletakan jawatan serta pemecatan wakil Pas di dalam agensi kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tetapi yang menjadi persoalan, seolah-olah bahan lawak politik dan betapa cacamarbanya mereka, di Negeri Selangor berbeza pula nada mereka yang tidak berani ‘menghalau’ Pas di dalam mentadbir negeri, ujar Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang itu lagi.

“Putus tapi bersama? Mereka kena ingat, mentadbir dan mengurus negeri bukan satu bahan yang boleh dibuat uji kaji.

“Ini kerana di Selangor kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara mereka memang sangat-sangat memerlukan antara satu sama lain dan sekiranya Pas tiada, kedudukan kerajaan negeri berada di dalam keadaan amat rapuh, bukan seperti di Pulau Pinang, Dap mempunyai majoriti 19 kerusi dan PKR 10.

“Sebab itu, tidak menjadi kudis di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang apabila Pas yang hanya ada 1 kerusi DUN sahaja tidak bekerjasama lagi dengan mereka. Lagipun mereka ada rakan sekutu yang baharu seperti Pasma dan Gerakan Harapan Baru,” tambahnya.

Justeru itu, beliau turut mempersoalkan kewibawaan pakatan pembangkang yang mampukah mereka ini dijadikan contoh kepada rakyat sebagai pentadbir yang baik.

“Bagaimana mahu membicarakan perkara-perkara besar yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat jika hal kebersamaan dan kesatuan sesama mereka pun tidak mampu?

“Diberi peluang mentadbir negeri pun dan bergaduh hingga berpecah, adakah dijamin mereka ini mampu mengurus tadbir negara ini dengan baik? Saya yakin jawapannya tidak,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana