Pulak Dohhhh....Agus dakwa bai'ah PAS mengarut

SHAH ALAM: Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Agus Yusoff menyifatkan bai'ah yang kononnya diikat antara pemimpin-pemimpin PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sebagai karut.

Memetik posting di laman Facebooknya, beliau mempersoalkan kewajaran untuk PAS melakukan perkara sedemikian hanya kerana mahu memastikan pemimpin-pemimpinnya tidak 'lari' ke perjuangan parti lain.

Agus menggunakan frasa 'isteri' untuk merujuk kepada jawatan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN).

"...Komen saya sederhana sahaja: saya terkejut isteri pun boleh dicagar sebagai syarat untuk setia pada parti bagi menjadi calon dalam pilihan raya. Bertanya saya dalam hati, apakah Islam membenarkan perbuatan sebegini?

"Merenung seterusnya, jika betullah ada baiah cerai talak tiga jika keluar dari parti PAS, ini adalah sekarut-karut tindakan!," demikian menurut Agus.
Agus juga menimbulkan dua hujah berkaitan keperluan untuk mengadakan bai'ah di kalangan pemimpin parti Islam itu.

"Bagi pendokong PAS, mereka kata wajar atas hujah berikut; supaya pemimpin yang dipilih atas tiket parti PAS tidak mengkhianati perjuangan, apatah lagi perjuangan Islam PAS dan sebelum baiah ini dibuat, pemimpin ini tidak bantah pun baiah tersebut.

"Bagi bukan pendokong PAS, mereka menyatakan tidak wajar atas hujah berikut; cerai perlu dibuat secara sukarela, bukan paksa, cerai adalah perbuatan yang paling Allah tegah dan tidak boleh dibuat main-main dan baiah setia itu hanya pada Allah, bukan pada parti dan pemimpin," katanya.

Posting berkenaan menerima respon daripada pengikut Agus di Facebook.

Rata-rata mereka turut menyatakan pendapat yang sama, bahawa bai'ah PAS ini tidak relevan kerana bertentangan dengan sunnah Nabi.

"Baiah ini telah menyelamatkan PAS dari insiden lompat parti yang pernah berlaku kepada rakan lamanya DAP dan PKR. Pada masa sama, baiah ini membuatkan pemimpin PAS lebih rela dipecat dari meninggalkan parti. Buktinya, G18 yang masih belum meninggalkan Pas kerana baiah tersebut," demikian tulis Firdaus.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mana-mana pemimpin PAS yang menganggotai parti lain dianggap melanggari bai'ah yang dibuat sebelum diangkat untuk mewakili parti itu dalam PRU-13 yang lalu.

Merujuk kepada kumpulan progresif PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), Tuan Ibrahim berkata golongan itu seharusnya patuh dan akur dengan bai'ah yang telah dibuat.

Sementara itu merujuk kepada penubuhan GHB, Agus berpendapat kehilangan kumpulan progresif dalam PAS memberi kesan yang kurang baik kepada perjuangan parti Islam itu.

"Satu yang saya perhatikan ialah tanpa kumpulan progresif ini, tiada lagi pemimpin PAS yang kelihatan merakyat dan memahami isu-isu semasa negara. Tiada lagi kenyataan menarik dari pemimpin PAS untuk mengulas isu Felda, GST, 1MDB dan lainnya," katanya.

Meskipun GHB bakal berdepan dengan beberapa cabaran semasa, beliau dalam pada itu merasakan GHB mempunyai masa depan yang cerah dalam landskap politik negara seiring dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat.

"Tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan UMNO sekarang, ada banyak ruang yang boleh digunakan oleh kumpulan progresif untuk menarik sokongan rakyat.

"Gunalah ruang itu sebaiknya," ujarnya lagi.

Salah satu cabaran yang dimaksudkan Agus adalah ketokohan pemimpin-pemimpin GHB yang sering dipalit kontroversi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana