PM umum duit raya dan dividen Felda RM88.8 juta

JELEBU 7 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melalui pegangan Felda dalam syarikat ini yang berjumlah lebih RM59.2 juta.

Perdana Menteri yang menghadiri majlis Ihya’ Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan 2015, juga menyampaikan duit raya kepada peneroka Felda dengan jumlah keseluruhannya lebih RM29.6 juta. Dividen FGV dan pemberian duit raya akan dibayar mulai 13 Julai ini.
Seramai 98,688 peneroka yang bersama Felda dan layak masing-masing akan menerima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya, manakala 13,947 peneroka yang tidak bersama Felda tidak mendapat dividen dan duit raya.

Peneroka yang tidak bersama Felda Felda adalah mereka yang tidak menanam semula bersama Felda atau tidak menghantar hasil ladang ke Felda, berurusniaga tanah tanpa kebenaran Felda dan menyaman Felda.

“Saya berharap pemberian duit raya akan dapat meringankan beban kewangan peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,’’ katanya di Padang Awam Felda Pasoh 4, dekat sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri melawat rumah contoh Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Pasoh 1 dekat sini.

Ketibaan Najib disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias.
Projek perumahan itu bermula pada dua tahun lalu dan akan diserahkan kepada generasi kedua Felda berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap unit melibatkan pembinaan sebanyak 144 unit di Felda Pasoh 1.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana