PM disaran tidak lagi berlembut...Tentu Ramai Yang Menyokongnya

KUALA LUMPUR 4 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disaran untuk bersikap tegas dan tidak berlembut lagi terhadap kempen-kempen sabotaj politik terancang yang hendak menjatuhkan kepemimpinan negara yang dipilih secara demokratik.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Abdul Halim Sidek berkata, tindakan perlu dikenakan terhadap komplot terancang itu kerana kaitannya dengan pihak asing dibimbangi mempunyai agenda untuk mengganggu gugat kedaulatan dan keamanan negara.

“Datuk Seri Najib adalah seorang yang berhemah dan tidak sukakan konfrontasi tetapi kita dapat lihat apabila isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diperjelaskan dan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Justo ditahan di Thailand, golongan ini memburukkan Datuk Seri Najib dengan menggunakan media asing pula.

“Mereka ini langsung tidak peduli pendekatan berhemah Datuk Seri Najib kerana mempunyai agenda untuk menjatuhkan pentadbiran negara, bagi saya, ini adalah berbahaya untuk kestabilan negara dan kita tidak boleh berkompromi dalam soal yang menggugat kedaulatan negara,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Menurut Abdul Halim, beliau melihat sabotaj politik berkenaan merupakan perbuatan tersusun yang dirancang oleh golongan tertentu kerana siri serangan untuk memburukkan Perdana Menteri tidak pernah berhenti meskipun pelbagai penjelasan dan penafian dilakukan.
“Saya juga menyokong tindakan Datuk Seri Najib untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ). Bagi pendapat saya, komplot yang men­yerang Datuk Seri Najib ini hendak menghuru-harakan kepimpinan negara dan apabila perkara itu berlaku, sudah tentu pentadbiran dan ekonomi negara akan menjadi bermasalah,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, Perdana Menteri telah melakukan tindakan yang tepat apabila pantas menjawab dan menafikan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dikemukakan.

“Sesiapa pun boleh membuat tuduhan tetapi apa yang diperlukan sekarang adalah bukti, dalam hal ini, saya berpendapat ada kumpulan tertentu yang bersungguh-sungguh hendak mencemar nama baik Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa pun,” katanya.
Katanya, masyarakat di negara ini sewajarnya berhati-hati terhadap laporan media asing yang mempunyai agenda tertentu dan membuat tuduhan-tuduhan liar tanpa sebarang rasa tanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana