PM dan Isteri Tabah Hadapi Fitnah...Tak kan semua Tak Baik...

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor  tabah menghadapi kecaman pelbagai pihak terhadap mereka.

“Perdana Menteri dan keluarga kena tabah, biasalah, orang akan kritik dan buat fitnah, tak buat kerja salah, buat kerja pun salah,” tegasnya.

Beliau berkata, walaupun Najib selaku Perdana Menteri bertungkus lumus bekerja untuk membangunkan negara dan rakyat, pasti ada pihak tidak menyenanganinya.

Katanya, sebagai pemimpin perkara itu merupakan lumrah dunia apabila terdapat pihak yang sering tidak berpuas hati terhadap mereka.

Katanya, walaupun kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk rakyat, tetapi ada pihak tetap menyalahkan Perdana Menteri.

"Oleh sebab itu, seluruh warga UMNO Cheras tetap bersama Perdana Menteri, kita mahu mereka tabah dan bersabar berdepan dengan pelbagai ujian," tegasnya.

Malah tegas beliau, majoriti  rakyat tetap bersama Najib kerana sedar kerajaan telah banyak membantu mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana