PKR tetap kekalkan Selangor sebagai ‘ kerajaan negeri Pakatan Rakyat’...Azmin pun takut hilang kerusi MB tu

Sekalipun Kerajaan negeri Pulau Pinang yang dinaungi DAP sudah ubah status tidak mahu lagi negeri itu disebut ‘Kerajaan Pakatan Pulau Pinang’ dan kini mahu ia dikenali sebagai ‘ Kerjaan Negeri Pulau Pinang’ sahaja namun di Selangor lain ceritanya.

Orang yang buat pengumuman ini bukan Menteri Besar Azmin Ali sebaliknya Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya kepada wartawan selepas mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR di Shah Alam ,Sabtu PKR tetap berpendirian negeri Selangor tetap dikenali sebagai ‘kerajaan Pakatan Rakyat’ walaupun pentadbiran DAP di Pulau Pinang tidak lagi mahu menggunakan nama itu.
Perubahan status di Pulau Pinang diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng Khamis.

Shamsul berkata keputusan PKR adalah berikutan kerjasama antara parti berkenaan dengan DAP serta PAS di Selangor masih berjalan seperti biasa.

Beliau turut menafikan berlakunya perpecahan antara ketiga-tiga parti itu, khususnya di negeri Selangor seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang.

"Negeri Selangor akan terus dikenali sebagai kerajaan pakatan rakyat kerana secara inti patinya, kita (PAS, DAP dan PKR) masih lagi bersama malah di Selangor, kita masih bekerjasama.

"Maka ingin saya katakan bahawa tidak timbul isu kerajaan Selangor 'goyang' kerana kita masih lagi bergerak sebagai satu pasukan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana