PKR, DAP tubuh pakatan baharu Pas dijangka disisihkan, GHB jadi pengganti

KUALA LUMPUR 22 Julai - PKR dan DAP akan menubuhkan pakatan pembangkang baharu yang akan turut di­sertai oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) sekali gus menyisihkan Pas dalam kerjasama tersebut.

Walaupun dalam kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya bagi mengumumkan penubuhan pakatan baharu itu tidak menyatakan dengan jelas kedudukan Pas, namun Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka menegaskan, Pas tidak akan dilibatkan atas alasan, ‘menjadi punca kematian pakatan pembangkang’ sebelum ini.

Pendirian DAP itu bermakna Pas yang dibarisi oleh golongan ulama akan disisihkan sekali gus menimbulkan persoalan berhubung kedudukan Pas dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
Pas yang menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) memerintah negeri itu bersama PKR (13 kerusi) dan DAP (15 kerusi). Bagaimanapun kedudukan Pas dijangka tergugat memandangkan dua ADUN parti tersebut iaitu ADUN Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Langat, Saari Sungib sudah mengesahkan akan menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan pada 14 September ini.

Difahamkan PKR dijangka me­nuruti kehendak DAP untuk mengetepikan Pas yang menolak kumpulan Anwarinas dalam pemilihan parti Jun lalu dan akan bekerjasama dengan parti baharu yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam GHB.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya, Mohd.Saiful Bukhari Azlan berkata, pakatan baharu itu akan dikukuhkan merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

Kit Siang pula berkata, pembangkang memerlukan `kenderaan baharu’ di mana harapan dan aspirasi rakyat dalam pilihan raya umum boleh diteruskan.

“Oleh itu kami berbincang me­ngenai ‘kenderaan baharu’ itu sama ada ia berupa pakatan baharu, pakatan rakyat 2.0 atau harapan rak­yat. Ia sedang dalam proses dibentuk,” katanya.
Sementara itu, seorang pe­mimpin kanan Pas ketika dihubungi Utusan Malaysia menegaskan, parti tersebut bersedia menerima apa sahaja kemungkinan termasuk tidak dilibatkan dalam gabungan berkenaan.

“Itu bukan masalah bagi kita kerana apa pun kalau ditakdirkan terpaksa berjuang sendirian kita terpaksa menerimanya dengan hati terbuka, apa pun kita menanti pengumuman rasmi berhubung penubuhan pakatan baharu tersebut,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana