Perdana Menteri ada kekuatan harungi cabaran getir

MACAM mana Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report boleh memperoleh statistik berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan, terus tetap menimbulkan persoalan.

Berkaitan duit, amaun dan bank, dari mana punca maklumatnya? Ini masih tidak dapat dijawab. Spekulasi ini menerawang. Tepatkah, berfaktakah atau auta, palsukah maklumat-maklumat ini dengan unsur-unsur dipinda dan ditokok tambah – hanya semata-mata motifnya untuk menjadikan segalanya berkaitan isu 1MDB ini bercelaru. Dan akibatnya, sebahagian besar rakyat Malaysia ‘terpinga-pinga’.

Setakat ini, WSJ masih mempertahankan dakwaan dalam laporannya mengenai isu 1MDB. Mengapa WSJ begitu beria-ria memfokuskan politik Malaysia dan kepemimpinan negara ini?

Dengan kedudukan Malaysia yang stabil kedudukan politiknya, terus bertahan ekonominya – apa agenda WSJ? Mungkinkah benar telahan bahawa tuduhan WSJ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai niat jahat yang disokong oleh pihak tertentu dalam negara ini? Wujudkah ‘orang dalam’ yang telah membocorkan atau menyampaikan maklumat salah kepada WSJ?

Mengenali WSJ, tindak-tanduk­nya pada masa lepas tetap tidak boleh menyembunyikan ‘agendanya’. Di rantau ini, Singapura pernah menjadi mangsanya.

Empat tahun kemudian, WSJ yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini melaporkan pula penglibatan Sam Bacile (Israel-Amerika) di sebalik pembohongan filem berkaitan Nabi Muhammad SAW. Padahal, Sam Bacile sendiri tidak wujud.

Begitu juga apabila laporan WSJ jelas tersasar dengan merujuk PetroSaudi berpangkalan di Abu Dhabi sedangkan ia syarikat Arab Saudi.

Dalam mengharungi kehidupan ini kita didedahkan dengan tiga jenis kebenaran (truth). My truth, your truth and the truth. Yang kita bimbangkan adalah media-media asing ini cuba memperjuangkan kebenaran (truth) mereka. Sewajar­nya bukan my truth, your truth tetapi the truth (kebenaran itu). Dan the truth untuk digapai, haruslah berlandaskan bukti konkrit dan bukan daripada sumber tidak berwibawa.

Corak pemberitaan media asing agak terbiasa ‘terpengaruh dengan sentimen’. Apa lagi jika ditulis dalam bentuk begitu meyakinkan dengan teknik penulisan seolah-olah profesional.

Kita percaya Perdana Menteri ada kekuatan untuk mengharungi cabaran getir yang cuba memalitkan imej dan kerajaan beliau.

“Saya tidak akan khianati rakyat. Saya akan cari (jalan) untuk tegakkan kebenaran, bertenang, kebenaran akan terbukti,” kata Perdana Menteri semasa merasmikan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut baru-baru ini.

Dan ungkapan itu, diulangi beliau dalam satu pertemuan tertutup dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, beberapa hari lalu.

Zulkifli Jalil
Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana