Penyeluk saku Vietnam tumpas di KLCC jadi viral di Facebook

Dua penyeluk saku warga Vietnam yang aktif di sekitar pusat membeli belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC) akhirnya tumpas.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Jannah Adam Thevan menceritakan kejadian yang menimpanya menerusi laman sosial berkenaan yang dikongsi hampir 5,000 pengguna yang lain.

Jannah yang merupakan mangsa penyeluk saku itu berkata kejadian bermula di sebuah butik di KLCC apabila dia didatangi oleh seorang wanita yang tidak dikenali pada 5 Julai lalu.

Kehilangan dompetnya disedari ketika ingin membuat pembayaran di premis berlainan tidak jauh daripada butik yang dikunjunginya sebelum itu.

“Ketika saya berada di butik Zara sedang memilih beberapa pakaian, saya menyedari seorang wanita berusia berdiri berhampiran saya dan menolak saya.

“Saya pergi ke Kiosk Mark & Spencer untuk membeli coklat dan biskut yang terletak di hadapan butik Zara.

“Ketika ingin membuat pembayaran, saya baru menyedari bahawa dompet saya telah hilang,” tulisnya.

Dia kemudiannya kembali ke butik berkenaan untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurus butik sebelum pengurus berkenaan menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman CCTV menunjukkan Jannah sebenarnya dikelilingi oleh wanita terbabit dan dua lagi rakannya yang bertindak menyeluk beg tangannya untuk mencuri dompet.

Bagaimanapun nasib menyebelahinya apabila kelibat suspek dan dua lagi rakannya disedari di sebuah lagi premis berhampiran.

“Mereka telah dibawa ke pejabat keselamatan KLCC untuk siasatan.

“Suspek berasal dari Vietnam, mereka menyembunyikan banyak wang tunai mereka curi (termasuk wang saya RM2,015.00, semua timbunan wang ditemui di dalam poket rahsia dalam pakaian dalamnya),” jelas Jannah.

Maklumat itu diperoleh daripada seorang lagi wanita yang menjadi mangsa pencuri yang sama beberapa hari sebelum itu.

Bagaimanapun, salah seorang rakan suspek berjaya melarikan diri, manakala dua lagi berjaya diberkas dengan bantuan pengawal keselamatan.

Menurut Jannah, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Dangi Wangi untuk siasatan lanjut selepas dihubungi pengurus pegawai keselamatan KLCC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana