Penganalisis percaya PKR terlibat tubuh GHB, mahu singkir PAS

SHAH ALAM: Tindakan PKR 'menghantar' wakil yakni pengarah pilihanrayanya Datuk Saifuddin Nasution dalam sesi jelajah Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kelantan menggambarkan bahawa parti itu 'memainkan peranan' penting.

Demikian tegas penganalisis politik, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain ketika ditanya mengenai teka-teki sokongan PKR kepada GHB.

Malah beliau tidak menolak GHB sukar untuk mendapatkan sokongan pengundi seperti mana yang diperolehi PAS.

"Memang itulah hasrat mereka (PKR) untuk menggantikan PAS, tetapi kita harus ingat bahawa untuk menggantikan PAS dalam PR mudah sahaja, bila-bila masa tapi yang penting adalah pilihanraya umum akan datang. Apakah GHB ini boleh menggantikan PAS sebagaimana dalam pilihanraya yang PAS perolehi?, katanya kepada Antarapos.

Jelas Ahmad Atory, ada sesuatu agenda tersembungi PKR dalam tindakan berkenaan yang dilihat seakan-akan mahu mengenepikan PAS dan menerima GHB sebagai kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Lebih daripada itu, Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli dengan jelas menyokong penubuhan gerakan berkenaan dan menyatakan beliau akan menyertai siri jelajah GHB di masa akan datang.

Dalam telahan beliau, PAS sudah bersedia untuk keluar daripada PR dengan situasi kerjasama yang semakin meruncing antara PAS-PKR dan DAP, sekaligus kembali bersama UMNO-BN untuk kepentingan politik semasa.

"PAS sekarang ini bersedia menanggung risiko untuk keluar daripada PR, itu yang saya nampak. Dan PAS boleh bertanding berseorang tanpa DAP-PKR. Harus diingat PKR tanpa PAS, tidak boleh hidup sebab itu kalau PKR tolak PAS, dan terima GHB, PAS mungkin akan sertai UMNO-BN."

Malah berdasarkan kepada profil parti politik yang ditubuhkan sebelumnya berlandaskan kepada aspek kekecewaan, GHB katanya akan mengalami situasi sama seperti Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (KITA) yang dibubarkan bekas menteri di jabatan perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim pada 2012 lalu.

"Tindakan balas Mohamad Sabu adalah dengan menubuhkan parti baru dengan harapan GHB dapat menggantikan PAS, pada pandangan saya berdasarkan kepada pengalaman, saya rasa parti ini tidak akan bertahan lama sebab berasaskan kepada kemahuan sesetengah pihak yang sudah tidak mendapat tempat dalam PAS."

PKR menerusi Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata satu mesyuarat peringkat parti akan diadakan dalam masa terdekat mengenai kenyataan rasmi samada menjalinkan kerjasama dengan GHB atau tidak.

Jelas Azmin, tindakan itu perlu ada permuafakatan antara parti pembangkang terutama PAS.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengeluarkan kenyataan, pakatan pembangkang bakal berdepan masalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika berlaku pertembungan antara parti pembangkang di kerusi-kerusi yang bakal dipertandingkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana