Pemimpin PAS Yang Tubuhkan GHB Perlu Dihukum - Sayap PAS Kelantan

Berikutan tindakan kumpulan progresif PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), tiga dewan PAS di Kelantan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri itu mendesak satu tindakan tatatertib diambil terhadap mereka.

Melalui kenyataan yang dibuat secara bersama, empat sayap parti berkenaan menyifatkan tindakan kumpulan berkenaan sebagai 'terbukti telah melakukan tindakan yang merugikan parti.

"Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan PAS secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.

"Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajb diambil bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) ini," kata mereka sebagaimana dipetik laporan Malaysiakini hari ini.

Rentetan daripada ceramah GHB di Kelantan baru-baru ini juga, empat sayap itu turut menegaskan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan.

"Ia sebagai satu gambaran kesepakatan yang dicapai ekoran serangan berterusan individu-individu yang dikaitkan dengan GHB terhadap kepimpinan parti dan kerajaan," demikian kenyataan itu lagi.

GHB ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS setelah kalah teruk pada pemilihan parti itu yang berlangsung Jun lalu.

Ia sebagai meneruskan lagi kerjasama pembangkang melalui Pakatan Rakyat 2.0.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana