Pembeli luah pernah terkena di Plaza Low Yat...Apa Apa Kita Boycott Saja low Yat

INSIDEN pergaduhan yang membabitkan tujuh lelaki dengan beberapa pekerja kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat semalam menggemparkan negara ketika umat Islam di Malaysia bakal menyambut Syawal beberapa hari sahaja lagi.

Kejadian itu bertambah 'panas' apabila ia turut mendapat perhatian netizen di media sosial yang turut memuat naik video dan juga gambar pergaduhan beserta komen termasuk yang berunsur perkauman.

Tinjuan Sinar Online di Facebook rakan-rakan kami juga mendapati ia menjadi trending ‎dan perbualan, malah ada yang meluahkan pernah terkena kerana membeli gajet yang dijual Plaza Low Yat.

‎Antaranya Syahrin Abdul Aziz yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan penjual telefon bimbit di sana beberapa tahun lalu.

“Saya pun salah satu mangsa tipu kedai telefon bimbit di Low Yat berapa tahun lalu. Beli Samsung Note2. Kata barang original (Malaysia). Boleh tukar satu kepada satu kalau rosak.

“Nak jadikan cerita, telefon bimbit saya rosak. Pergi hantar Samsung Service Centre (pusat khidmat Samsung), Samsung Service Centre cakap ini bukan 'local warranty'. Set dari Thailand. Samsung Malaysia tak nak terima sebab berlainan no IMEI,” ujarnya.

Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Iskandar pula menyarankan agar orang ramai melengkapkan dengan ilmu secukupnya sebelum membeli apa-apa barangan di Plaza Low Yat.

“Hendak pergi Low yat beli barang computer, sila sediakan ilmu betul-betul, apa spesifikasinya, ... berapa anggaran harga,” tulisnya di laman mikro Twitter.

Sementara menurut Mohammad Afandi, dia sudah lama berhenti daripada membeli gajet di sana.

“Saya sudah lama berhenti membeli barangan di Low Yat, sebab sudah tidak mempercayainya lagi,” tulisnya.

Insiden yang berlaku jam 7.50 malam semalam menyebabkan beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang menyebabkan kerugian dianggarkan hingga RM70,000.

Pergaduhan dikatakan berpunca apabila salah seorang daripada tujuh lelaki berkenaan ingin menukar telefon yang didakwa bukan dari set tulen lantas menimbulkan perbalahan dengan pekerja kedai terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana