PDRM JUMPA JUSTO...AKHIR TERBONGKAR JUA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menemui Xavier Andre Justo selepas mendapat kebenaran polis Thailand atas dakwaan dia telah berjumpa dengan ahli-ahli politik pembangkang dari Malaysia dengan niat untuk menjual maklumat sulit.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah wajar untuk PDRM bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) itu bagi mendapatkan maklumat secara langsung berhubung pendedahan polis Thailand susulan siasatan terhadap Justo.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan berjumpa dengan Justo sebaik mendapat kebenaran daripada polis Thailand dan barulah siasatan dapat dijalankan termasuk memanggil rakyat Malaysia berhubung pendedahan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.Sebelum ini, Bernama melaporkan Khalid dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia yang terbabit akan dipanggil memberi keterangan berhubung pendedahan terbaru Polis Thailand hasil siasatan terhadap Justo.Pada Khamis lepas, polis Thailand mengesahkan warga Switzerland itu telah mengadakan pertemuan dengan individu penting dalam pakatan pembangkang Malaysia di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Wan Junaidi berkata PDRM juga seharusnya diberi ruang menyoal siasat Justo sebelum sebarang tindakan diambil terhadapnya.Beliau juga percaya rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti itu akan memberi kerjasama penuh berhubung pendedahan terbabit.Menurutnya, kes berkenaan perlu diteliti agar tidak memberi implikasi terhadap rakyat Malaysia termasuk konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan perdana menteri berikutan perbuatan membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.

Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan cuba memeras ugut PetroSaudi, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Susulan penjualan dokumen itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh portal berita Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana