Paul lebih baik berhenti jadi paderi: Ridhuan Tee Belasah Kaw Kaw Bebbb

BANGI, Jumaat – Pendakwah dan pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah membidas Bishop Katolik, Paul Tan Chee Ing yang menggelarnya sebagai ‘lidah pelacur’ kerana mempertahankan kod etika pakaian ketika berurusan di pejabat agensi kerajaan.

Menyifatkan gelaran itu sebagai ‘kelakar’, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu berkata, Paul boleh menyuruh paderi lelaki dan perempuan memakai seksi sama ada ketika berada di dalam gereja atau di luar, jika tidak bersetuju dengan kod etika pemakaian.

“Kelakar paderi kata saya lidah pelacur. Suruh dia baca betul-betul apa suruhan agama soal berpakaian.

“Kenapa mereka (paderi) sendiri ada etika (pakaian). Bukan main bersopan lagi mereka. Kenapa tak pakai seluar pendek sahaja (jika tak setuju kod etika)?

“Kalau tak pandai jadi paderi lebih baik berhenti. Termasuk mereka yang suka sensasikan berita saya seperti Ahli Parlimen Seputeh,” katanya kepada Ismaweb

Kelmarin, Ridhuan mencabar puak yang tidak bersetuju dengan etika pemakaian itu untuk masuk ke gereja dengan hanya berseluar dalam.

Komen itu dibuat beliau ketika diminta mengulas notis Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Kinrara yang membenarkan orang yang mahu berurusan di Pusat Khidmat Kinrara memakai apa saja jenis pakaian, kecuali berbogel.

Kenyataannya itu bagaimanapun tidak disenangi Bishop Katolik, Paul Tan Chee Ing, yang menggelarkan beliau sebagai ‘lidah pelacur’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana