PAS tak lantik semula Mustapa Ali jadi Pengerusi Harakah

Ramai yang tahu... Harakah adalah antara 'lubuk diut' bagi PAS, ini kerana penjualan akhbar dan iklan yang stabil menyebabkan sesiapa yang duduk di kerusi Pengerusi Harakah boleh goyang kaki.
Jawatan itu sejak diwujudkan memang milik Datuk Mustapa Ali, sebab ada cakap mulut ke mulut antara pemodal awal Harakah adalah Chegu Pha.

Tapi sejak 1 Julai, jawatan beliau sebagai Pengerusi Harakah turut digantikan.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Harakah yang baru.

Majlis penyerahan tugas disaksikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang turut berkata, keputusan tersebuta telah diputuskan pada nesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini.

"Mesyuarat telah bersetuju untuk membuat pertukaran Pengerusi Harakah dari Datuk Mustafa kepada Ustaz Idris.

"Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Datuk Mustafa sebagai Penasihat Harakah, ini adalah kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup lama di dalam Harakah," katanya.

Menurut beliau lagi, Dr Rosli Yaakop akan terus memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan bagi membolehkan beliau meneruskan segala perancangan yang telah dirancang untuk pembangunan media PAS itu.

"Kita masih kekalkan polisi lama iaitu setiap ketua dewan secara automatik dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, itu termasuk Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang turut dilantik sebagai Lembaga Pengarah.

"Dengan pelantikan Pengerusi baru ini kita mengharapkan Idris dapat membawa Harakah kepada kejayaan pada masa akan datang," katanya lagi.

Sementara itu, Mustafa yang telah memegang jawatan sebagai pengerusi lebih 20 tahun yakin Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dapat melaksanakan tugas dengan baik dan membuat penambahbaikan dari beberapa sudut agar Harakah lebih cemerlang sebagai media alternatif.

Dalam pada itu, Idris berpendapat jawatan pengerusi ini merupakan satu cabaran kepadanya dan memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama kakitangan Harakah.

"Harakah membawa imej parti dan Islam, kita mahu ia menjadi akhbar alternatif pembangkang yang lebih efektif pada masa akan datang.

"Maklumat yang ingin kita sampaikan biarlah dari sumber yang jelas dan bukannya sumber yang tidak diketahui," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana